Mahkamah Tinggi Kangar pada hari ini telah mendengar permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan memutuskan kes PFA terhadap FAM dibatalkan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Haji Rahman berkata, ini adalah susulan permohonan PFA untuk satu perintah injuksi menghalang FAM daripada meneruskan dengan Kongres FAM yang dijadualkan diadakan pada 15/2/2025.
"Defendan-defendan iaitu FAM dan Exco-exco FAM telah diwakili oleh peguam Dato’ Malik Imtiaz, Souren Ananthan, Yogan Sivam dan M Rajkumaran," katanya menerusi kenyataan media di laman media sosial rasmi FAM.
Mahkamah turut memerintahkan bahawa pihak PFA dikehendaki membayar kos kepada FAM.