Leicester City gagal mempertahankan keunggulan dan akhirnya tewas kepada Manchester United di Old Trafford dalam perlawanan pusingan 32 Piala FA 2024/2025.
Dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi Sabtu, Manchester United berjaya melakukan kebangkitan dan menang 2-1 ke atas Leicester.
Gol kemenangan Manchester United dijaringkan oleh Johan Zirkzee dan Harry Maguire, manakala Leicester terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Bobby De-Cordova Reid.